TOS buka bilik pameran, cipta kelainan seni bina luaran

SEMENYIH: The One Steel Project Sdn. Bhd. (TOS) mencipta sejarah istimewa apabila mengembangkan sayapnya dengan pembukaan bilik pameran terkini di Signature Industrial Park, di sini.

Dengan pembukaan bilik pameran tersebut juga, TOS yakin mampu meningkatkan taraf perkhidmatan dengan menyediakan sesuatu yang unik dan kreatif kepada pasaran.

Pengasas bersama TOS, Joey Tan berkata, bersama pengalaman selama 10 tahun dalam industri tersebut, TOS kini bermatlamat untuk mencabar persepsi pasaran konvensional dengan mengutamakan ruang luar yang tidak digunakan seperti balkoni, halaman belakang rumah dan beranda kereta.

“Visi syarikat mementingkan bukan hanya tentang apa yang kita lakukan tetapi mengapa kita lakukannya. Kami berada di sini untuk membuat perubahan, untuk berinovasi dan mencipta sesuatu yang melampaui kebiasaan.

“Visi ini meluas kepada mengubah bahagian luar rumah menjadi ruang praktikal yang direka baik dengan sentuhan keanggunan seperti resort, mewujudkan kenikmatan yang tiada tandingan untuk setiap isi rumah,” katanya dalam ucapan perasmian pembukaan bilik pameran di sini pada Ahad lalu.

Turut hadir dalam majlis perasmian itu ialah Ahli Majlis Dewan Perniagaan dan Industri Kebangsaan, Datuk Dr. A.T Kumararajah; Pengasas bersama TOS, Rickie Goh dan DJ Radio Cina ASTRO MY, Jack Lim.

Joey Tan merupakan pakar arkitek seni bina luaran pertama di Malaysia dan mengasaskan TOS pada tahun 2006 merupakan perniagaan dalam industri seni bina luaran yang telah mencipta reputasi atas hasil tukangan yang teliti dalam pembinaan sambungan rumah kaca, bumbung M, bumbung kaca dan lantai mezanin.

Dengan berpegang pada “The 3D’s: We Direct, We Design, We Develop” selain 60 juruteknik mahir, TOS komited dalam memberikan penyelesaian seni bina terbaik.

Joey berkata, misi syarikat adalah untuk berdedikasi dalam mewujudkan hubungan bermakna dengan pelanggan selain merevolusikan cara reka bentuk luaran yang dibayangkan dan dilaksanakan.

Katanya, beliau mempunyai falsafah untuk memartabatkan kawasan luar, menyelitkan kemewahan, fungsi dan estetika, menghasilkan ketenangan dan keindahan yang abadi

“Saya juga berterima kasih kepada pasukan saya dalam bersama mencapai visi,” katanya. – UTUSAN

link: https://www.utusan.com.my/nasional/2023/11/tos-buka-bilik-pameran-cipta-kelainan-seni-bina-luaran/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *